Masih aku ingat lagi pada tahun 1980 aku bersama abah, emak dan abang aku hantar kak long aku daftar sebagai penuntut itm jurusan perakaunan di ITM Shah Alam. Sesungguhnya kami sekeluarga termasuk komuniti kampung aku berbangga kerana kak long aku adalah warga kampung kami yang pertama dapat melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.
Sesampainya kami di ITM, aku berasa sungguh kagum kerana aku merasakan yang ITM kelihatan sungguh indah. Dalam hati aku berkata sendiri bahawa alangkah bestnya kalau aku dapat belajar di ITM ini.
Masa berlalu, keputusan SPM aku pun cukup-cukup makan, tak dapat ITM aku apply PDRM. PDRM telah banyak mengajar aku erti hidup. Hingga kini lebih 24 tahun aku berkhidmat dalam PDRM.
Pada tahun 2006, PDRM telah membuat satu keputusan yang paling bijak dalam sejarah penubuhannya. PDRM telah membuka peluang dengan menaja anggota-anggotanya belajar dalam jurusan Sains Sukan di UiTM.
Secara tiba-tiba peluang untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM terhidang di depan mata. Aku mohon kali pertama tapi gagal. Dalam pengambilan ke 2 aku mohon lagi. Alhamdulillah bejaya. Tapi cabaran belajar sambil bekerja memang besar. bukan senang nak commit dengan belajar, kerja, keluarga dan sukan takraw aku yang selalu ada game pada hujung minggu. Aku nekad, apa juga keadaan aku akan pastikan yang aku akan berjaya. Tapi belajar ni syok gak. Dapat banyak pengalaman serta pengetahuan baru dan terkini
Pejam celik aku sekarang berada di semester 6 dan bakal menamatkan pengajian tak lama lagi. Harapan aku kajayaan yang bakal aku kecapi akan menjadi pendorong dan motivasi kepada anak-anak aku supaya lebih berjaya daripada aku. Insya Allah...