Final Camp - Kem Murni, Gopeng Perak

9.10.2010

0700 Hrs - Berkumpul di Kolej Kenanga, UiTM Shah Alam

1100 Hrs - Tiba di Kem Murni
Turun barang dan terus camp craft
1600 Hrs - Praktikal tubing
2030 Hrs - Orientasi bersama fulltime degree student


10.10.2010

0030 Hrs - Habis Orientasi – PLK stand-down, group degree sambung dengan ‘lemak-manis’. Saya pun tak faham apa yang relevan lemak manis tu. Pulak tu sampai dekat pukul 5 pagi. Group saya kena sentry jam 0300-0400.




0700 Hrs - Senaman pagi
0900 Hrs - Tubing. Best gila. Tapi punggung rasa sengal sikit.
1600 Hrs - Navigation
2030 Hrs - Night-walk


11.10.2010. Hari ni giliran group kami jadi Leader
Group saya kena sentry lagi kul 0300-0400
0700 Hrs - Senaman pagi
0900 Hrs - Berkumpul untuk caving di Gua Tempurung


1000 Hrs - Kami sampai dulu di Gua Tempurung, En Hisyam lambat sikit pasal naik basikal. Sementara tunggu en Hisyam, kami singgah minum di kedai depan pintu masuk Gua Tempurung. Saya dan Wadi beli 25 paket coklat untuk semua student PLK dan ePjj bagi bekalan tenaga semasa penjelajahan gua nanti. Bila en Hisyam sampai dia tengok kami sedang minum. Dia tak setuju dengan tindakan kami minum. Katanya, dia dah bagitahu tak boleh minum kat kedai depan pintu Gua Tempurung.... Entah bila dia bagitahu pun saya tak pasti. Yang saya pasti masa dalam kelas, dia kata kalau makan coklat tenaga, pastikan semua orang makan sama. Jangan makan seorang saja.... Tapi tak pe lah. Saya ambil tanggungjawab atas kesalahan yang kami lakukan.

1100 Hrs - Kami memulakan penjelajahan Gua Tempurung. Guide kami ialah En Salleh. Orangnya cukup ramah dan mempunyai pengetahuan yang tinggi berkaitan Gua Tempurung kerana sudah berbelas tahun bertugas sebagai guide pelancung Gua Tempurung.

1600 Hrs - Kami selesai manjalani Grand Tour Gua Tempurung. Memang penat sangat dan letih tapi best... Terima kasih en Salleh.

1730 Hrs - Kami berkumpul depan kem dan diberi taklimat berkenaan survival oleh en Shariman. Beliau mentaklimatkan yang barang -barang asas yang wajib ada adalah topi, pakaian kasut, stokin, wisel. Lepas itu kami direndam dalam sungai. Sebabnya... tak tahu, mungkin supaya jika kami bawa barang-barang larangan seperti rokok dan mancis, barang barang itu akan basah. Hmmmm... boleh diterima. Sesudah itu kami dibekalkan dengan mancis 3 bilah, PFD 2 unit, parang 1 bilah, telur sebiji, sedikit garam, gula, kopi, air 2 botol, beras sikit, mistin 2 biji dan 1 flysheet kepada setiap grup. Pastu kami bergerak masuk kem survival. Selepas separuh perjalanan kami dibenarkan mengambil apa-apa saja yang boleh dibuat unggun api. Sampai di tapak kem survival lebih kurang pukul 6pm lebih dan kami telah dibawa ke tapak kem masing-masing. Anggota grup saya adalah Massurah dan Farhan. Pastu tak lama kemudian Ita datang join. Kami buat la apa yang patut. kami dirikan khemah, cari kayu buat unggun api dan masak bekalan yang dibekalkan. Telur di tanak sekali dengan nasi. Nasi masak, telur pun masak sekali. Pastu kami kenduri la berempat. Sambil makan, sambil ketawa, Maklum lah kenduri dengan nasi 1 mistin berlaukkan telur rebus sebiji makan berempat. Bila malam dah larut, saya suruh Mas dan Ita tidur dulu. Saya dan Farhan sentri. Nasib baik unggun api kami ok, jadi tak lah rasa sangat sejuk dan nyamuk. Nak dijadikan cerita, entah pukul berapa pun tah tahu tapi keadaan sekitar gelap, masa saya dan Farhan sedang sentri, tiba- tiba saya dengar ada bunyi benda datang ke khemah kami. Saya cabar dengan kata jodoh yang dibekalkan oleh en Shariman. Tiada jawapan. saya cabar lagi hingga lebih kurang 5 atau 6 kali masih tidak berjawab. Saya keluar dari kawasan khemah saya dan saya perasan ada satu lembaga yang besar. Saya nak hayun parang, baru lah lembaga itu jawab kata jodoh saya dan perkenalkan diri sebagai Hisyam Che Mat. Lepas tu di bawa saya dan letak saya di khemah student full time diploma. Dia suruh saya tidur kat khemah budak diploma tu dan arahkan mereka jaga saya tidur. Aduh.... unggun api tak nyala dan nyamuk banyak. Naya...naya.... Sampai la cerah, saya langsung tak boleh tidur. Dalam kepala duk ingatkan member grup. Parang saya dah bawa. Lepas dah cerah entah pukul berapa tapi masih pagi, en Shariman datang suruh budak diploma tu dismentle khemah mereka dan bawa mereka keluar dari tapak survival. En Shariman suruh saya tunggu kat situ. Menurutnya kejap lagi en Hisyam akan datang ambil dan bawa keluar. Saya tunggu lah kat situ hingga berjam-jam sampai saya naik jemu. Pastu saya keluar dan cari member dari grup lain. Kemudian masing masing ceritakan pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh mereka malam tadi. Ada hikmah dari peristiwa itu. Lantaran darinya kami seramai 21 orang bersatu, berpadu dan bergabung menjadi satu hati dan bekerjasama.

12.10.2010

1345 Hrs - Kami sampai di base camp. Pastu lepak je lah. Patutnya petang ada test low-rope dan first aid, tapi entah lah.. apa masalahnya.

13.10.2010


1000 Hrs - Selepas berkemas, kami bertolak balik ke UiTM.

Orienteering & Abseilling - Praktikal

2.10.2010 - Twin Tower UiTM Shah Alam

Pada pagi ini kami menjalankan 2 aktiviti rekreasi iaitu Orienteering dan Abseiling. Bab Orienteering ni tak ada masalah sangat, cuma perlu letak check point, bearing dan jarak. Yang jadi masalah besar adalah aktiviti abseiling. Kena turun Bangunan Twin Tower tingkat 11 guna tali.

Setelah segala persiapan dan peralatan abseiling tersedia, dengan diketuai Ustaz Roslan, kami telah memanjatkan doa ke hadrat Illahi supaya aktiviti kami mendapat hidayat dan perlindungan Nya. Soal-soal keselamatan adalah amat-amat dititik beratkan. Semua peralatan keselamatan mestilah dipastikan dipakai dengan betul dan sempurna.

Peralatan-peralatan abseilling

Ustaz Roslan...

Sebagai manusia biasa, sudah semestinya semua orang akan merasa takut. Terutamanya apabila hendak memulakan langkah dari palang. Tetapi apabila sudah mula menuruni tali, perasaan itu bertukar menjadi seronok. Tak boleh nak dibayangkan perasaan tersebut. Rasa nak ulang lagi sekali, tapi oleh kerana kekangan masa, kami hanya dapat merasa pengalaman itu sekali saja.

Buddy System

Test Power...




Ni yang goyang nih...

Saya ...Anuar ... mintak kebenaran untuk turunnnnn!!!


Dah Syok...


Berjaya...!!! Yahoooo...!!!

Kayak

18.9.2010 Tasik Shah Alam

Minggu ini bertempat di Tasik Shah Alam, kami didedahkan dengan satu aktiviti sukan air iaitu kayak. Aktiviti amat seronok dan boleh menenangkan minda serta release tension. Sekali lagi, aspek keselamatan amat dititikberatkan. Pemakaian PFD adalah diwajibkan.
Kayak dan Paddle
Sebelum menjalankan aktiviti kayak, kami diperkenalkan dengan kayak dan bahagian-bahagiannya. Seterusnya kami diajar cara memegang dan mengendalikan paddle. Kami juga diajar capsize dan recovery. Selesai teori, kami buat regangan secukupnya. Kemudian baru barkayak.
Bahagian-bahagian kayak
Buddy saya....emmmm siapa lagi, Tuan Azman laaa.. Kami berkayak kemudian diarahkan capsize dan buat recovery. Lepas recovery, sepatutnya saya naik kokpit dulu, tetapi saya tak boleh imbang masa Tn Azman naik. Almaklum lah... hehehe. So, kita orang buat keputusan Tn Azman naik dulu. Alhamdulillah berjaya. Respect Tn Azman, walaupun susah tetap usaha untuk naik juga tanpa putus asa.
Capsize - Rocevery... 1..2..push
Capsize - Rocevery .. Buddy System ... Tak yah tengok muka.. tengok seluar dah tahu siapa..
Ni saya nak cerita sikit... masa capsize tu sebenarnya masa dalam air, PFD saya dah sangkut kat Coaming. Agak lama juga saya tersangkut. Kawan- kawan dah perasan terutama Lan. Dia datang nak bantu. Tapi, mujurlah saya tak panik. Saya tarik PFD dan alhamdulillah terlepas. Saya rasa ini semua berkat doa dan selawat ke atas Rasulullah SAW sebelum menjalankan aktiviti tersebut.

Alamak... sangkut daaa....

Kemudian kami berkayak pusing-pusing tasik. Dalam semua orang syok-syok berkayak, sampai terlupa barang-barang yang ditinggalkan di tepi tasik tiada siapa yang jaga. Saya dan Tuan Azman perasan ada 4 orng remaja berada berhampiran barang-barang kami. Jadi kami ambil keputusan untuk balik ke pengkalan demi keselamatan barang-barang kami dan kawan-kawan.

Abseilling

4.9.2010 - Maktab PDRM Cheras

Abseilling and rappelling have same meaning. Abseiling is from German words means "to rope down". Rappelling in American English means controlled descent down a rope. Climbers use this technique when a cliff or slope is too steep a dangerous to descend without protection.
Defination
Going down involves decending vertival features @ near, both natural and man made ( such as portable wall, fixed towers and bridges) using ropes and decending (friction) devices ( carabiner, figure of eight, harness, helmet etc.

Equipments
Ropes, Anchors, Harness, Helmets, Gloves, Boots/Shoes, Figure of eight, Carabiner.
Itulah beberapa pengenalan dan teori asas berkaitan abseilling yang kami pelajari minggu ini. Nampak macam seronok dan bergaya. Tapi situasi yang sebenarnya tak tahu lagi. Maklumlah turun dari bangunan tingkat 10. Walau bagaimanapun, En Hisyam memberi jaminan yang aspek keselamatan adalah perkara yang paling utama.

Peralatan-peralatan
Harness
Keselamatan - Helmet

Buddy System


Gaya dah ada... Lam aliff je tak ada...macam Cuci The Siries. Jgn mara aaa..Tn Azman!!!


Turun...


Brake...

Australian

Spiderman

Orienteering - Teori

21.8.2010 - Maktab PDRM Cheras

Assalamualaikum. Bertemu lagi... Minggu ini kami diperajarkan mengenai jenis-jenis dan kaedah-kaedah 'ORIENTEERING'. Ianya adalah satu sukan rekreasi yang menggabungkan kekuatan, ketahanan dan koordinasi fizikal dan mental.
Sukan ini adalah gabungan dari sukan pandu arah (biasa dilakukan oleh tentera dan polis), merentas desa dan mencari harta karun. Peserta-peserta mesti mencapai check point-check point yang telah ditentukan penganjur dalam masa yang terpantas untuk mendapatkan kemenangan. Sukan ini merangkumi ruang eksplorasi, cabaran dan risiko. Peralatan-peralatan asas yang diperlukan dapam sukan ini ialah kompas, peta dan score sheet.

Kompas

Score Sheet

Peta

14.8.2010-First Aider

Assalamualaikum......

Berjumpa lagi........


Minggu ini bertempat di Maktab PDRM Cheras, kami berkumpul sekali lagi. Subjek kali ini adalah yang menarik dan bermunafaat.

First Aider ialah orang yang memberi bantuan segera atau rawatan kecemasan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.

Sebelum memberi bantuan kecemasan, pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa, seperti terkena renjatan elektrik dan lain-lain.


Objektif
1. Untuk menyelamatkan nyawa
Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
2. Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk
Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
3. Mendapat bantuan perubatan
Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
4. Mengurangkan kesakitan
Dengan teknik teknik yang betul contohnya balutan, kita boleh mengurangkan kesakitan yang dialami oleh mangsa

Begitulah sedikit sebanyak perkara-perkara asas yang perlu First Aider tahu dalam melakukan pertolongan cemas. Kita bukan lah pegawai perubatan yang bertauliah. Oleh itu kita ambil tindakan yang kita mampu saja.
Dalam kelas kali ini, En Hisyam telah menunjukkan beberapa balutan. Antaranya:

Kecederaan bahu



Kecederaan kepala

Kecederaaan tangan

Water Confident


31.7.2010 - Kompleks Renang UiTM Shah Alam

Habis sessi Camp Craft, kami sambung sessi Water Confident. Semasa berkumpul di kolam renang, aku perasan semua kawan-kawan aku sangat excited terutama Tuan Azman.... he..he..he. Mesti masing-masing teringat semasa jadi tarzan kampung. Aku ni bab berenang tak la pandai sangat, tapi tak laa sampai tak tahu langsung. Budak kampung la katakan. Berenang tu kepala je yang timbul.

Permulaan sessi Water Confident, kami diajar basic berenang iaitu cara bernafas yang betul. Tarik nafas kut mulut, lepas kut hidung. Berbeza dengan cara kita bernafas atas darat. Lepas tu kami diajar pula teknik mengapungkan badan. En Hisyam pesan angkat dada, angkat dagu... itu basic dia.

Selesai sessi apungan, kami diajar pula pergerakan tangan dan kaki semasa dalam air. Style tak kisah, selagi kaki dan tangan tak henti berkayuh, selagi itu badan bergerak dan terapung. Tapi bila dah lama tu, rasa penat gak. Camana la agaknya orang yang berenang merentas selat tu... Aku tengok kebanyakan kawan aku semua pandai berenang terutama Hyrol, Farhan dan Rita. No 1 pandai mesti la Tuan Azman. Tuan tu duduk berjam-jam dalam air pun tak tenggelam. Stok angin banyak. Kalau lepaskan tuan kat Lautan Atlantik, boleh hanyut sampai Pantai Port Dickson. He he he.... Sori la tuan, gurau je.

Akhir sekali, kami diberi pendedahan cara-cara menyelamat mangsa lemas dengan menggunakan tali. Baling tali pada mangsa, jerit pada mangsa supaya pegang tali, tarik mangsa ke tepi dan angkat ke darat. Bagi menjayakan pelajaran ini, kami dibahagikan kepada pasangan-pasangan. Macam biasa la partner aku siapa lagi, Tuan Azman la.. Dia ni masa dia jadi mangsa, aku tarik ke tepi tak ada masalah. Tapi bila nak angkat ke darat, puh.... oo mang aii!! macam nak angkat ikan paus. Time aku jadi mangsa, dia tarik laju laju sampai ke tepi pastu dia buat tak tau je. Bukan dia nak tahan kepala aku ni... Apa lagi, berdentum la... Kalau Tuan Azman la jadi penyelamat... baik berenang sendiri ke tepi... he he he...

Dalam sessi Water Confident ni banyak pengetahuan dan pengalaman yang boleh kami gunakan pada masa hadapan terutama sekali masa program outdoor nanti. Ucapan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada En Hisyam dan pembantu-pembantu di atas tunjuk ajar yang diberikan. Tapi kesan yang paling ketara lepas sessi Water Confident ni ialah habis kelas perut bukan main lapar lagi. Pegi kedai makan ngan Tuan Azman, tengok lauk semuanya selera je....

Camp Craft

31.7.2010 Sabtu - UiTM Shah Alam

Daripada kecik sampai habis sekolah, kerja aku kt kampung kalau tak sekolah, pagi pegi noreh, balik noreh gi sawah. Tengahari rehat, kul 2 sambung balik. Kul 5 pegi main bola. Itu je la keja aku sampai besau. Lepas dapat keputusan SPM aku enjoy (nganggur) setahun. Masa tu la aku jadi lagenda budak setan. Pastu terus apply kerja ni dan berjaya sampai sekarang.


Masa enjoy time aku ada sorang kawan nama dia Luncai. Dia ni minatnya panjat gunung, masuk hutan, survival dan macam macam lagi aktiviti rekreasi. Dia masuk Persatuan Kembara Negeri Melaka. Menurut katanya, persatuan ini ada banyak aktiviti rekreasi yang menyeronokkan. Dia ajak aku joint tapi aku tolak dengan alasan aku ni jenis malas buat susah badan yang memang dah susah. Sebenarnya aku teringin juga, tapi aku tak boleh tinggalkan kerja harian aku sebab akan menyusahkan emak dan abah aku.

Jurusan Sains Sukan adalah salah satu jurusan yang mencabar. Salah satu core subject dalam jurusan ini adalah Outdoor Recreation. Aku rasa teruja. Lecturer aku En Hisyam. Sebenarnya subjek Outdoor Recreation tak susah malah memang menyeronokkan. Ia bukan saja boleh release tension, malah boleh menambah pengalaman dan yang lebih penting mengajar erti tanggungjawab dan kerjasama dalam kumpulan.


Pada hari ini, sessi pertama En Hisyam mengajar kami cara membuat khemah besar. Pertama kena ikat tali besar antara 2 pokok untuk buat bumbung. Ingatkan senang, rupanya payah juga. Tali kena betul betul tegang. Ada 2 ikatan kat situ, butterfly knot dan clove hitch. Aku ni bab simpulan memang lembap sikit. manjang tak jadi je.
Apabila tali dah cukup tegang, letakkan khemah atas tali tersebut. paksi khemah adalah pada tengah-tengah. Tali melalui paksi tersebut. Setiap bucu khemah di pasang tali serta ditarik tegang, kemas dan diikat pada pancang yang dibuat. Ikatan yang digunakan ialah clove hitch dan matikan dgn half hitch.

Berkat tunjuk ajar En Hisyam, akhirnya setelah hampir 45 minit kami bekerjasama, telong menolong dan saling membantu khemah perintis kami berjaya di bina. En Hisyam kata masa boleh tahan untuk kumpulan baru. Yahooooo. Betul kata Wonde Pets, "apa yang penting, kerja sama".

Aku Sebagai Student Tua

Masih aku ingat lagi pada tahun 1980 aku bersama abah, emak dan abang aku hantar kak long aku daftar sebagai penuntut itm jurusan perakaunan di ITM Shah Alam. Sesungguhnya kami sekeluarga termasuk komuniti kampung aku berbangga kerana kak long aku adalah warga kampung kami yang pertama dapat melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.
Sesampainya kami di ITM, aku berasa sungguh kagum kerana aku merasakan yang ITM kelihatan sungguh indah. Dalam hati aku berkata sendiri bahawa alangkah bestnya kalau aku dapat belajar di ITM ini.
Masa berlalu, keputusan SPM aku pun cukup-cukup makan, tak dapat ITM aku apply PDRM. PDRM telah banyak mengajar aku erti hidup. Hingga kini lebih 24 tahun aku berkhidmat dalam PDRM.
Pada tahun 2006, PDRM telah membuat satu keputusan yang paling bijak dalam sejarah penubuhannya. PDRM telah membuka peluang dengan menaja anggota-anggotanya belajar dalam jurusan Sains Sukan di UiTM.
Secara tiba-tiba peluang untuk melanjutkan pelajaran ke UiTM terhidang di depan mata. Aku mohon kali pertama tapi gagal. Dalam pengambilan ke 2 aku mohon lagi. Alhamdulillah bejaya. Tapi cabaran belajar sambil bekerja memang besar. bukan senang nak commit dengan belajar, kerja, keluarga dan sukan takraw aku yang selalu ada game pada hujung minggu. Aku nekad, apa juga keadaan aku akan pastikan yang aku akan berjaya. Tapi belajar ni syok gak. Dapat banyak pengalaman serta pengetahuan baru dan terkini
Pejam celik aku sekarang berada di semester 6 dan bakal menamatkan pengajian tak lama lagi. Harapan aku kajayaan yang bakal aku kecapi akan menjadi pendorong dan motivasi kepada anak-anak aku supaya lebih berjaya daripada aku. Insya Allah...