Berjumpa lagi........
Minggu ini bertempat di Maktab PDRM Cheras, kami berkumpul sekali lagi. Subjek kali ini adalah yang menarik dan bermunafaat.
First Aider ialah orang yang memberi bantuan segera atau rawatan kecemasan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.
Sebelum memberi bantuan kecemasan, pastikan keselamatan anda juga terjamin dengan menimbang bahaya akibat dari kemalangan tersebut dengan mengetahui punca kecederaan mangsa, seperti terkena renjatan elektrik dan lain-lain.
Objektif
1. Untuk menyelamatkan nyawa
Jika mangsa pengsan, pastikan laluan udara selesa dan pastikan mangsa bernafas. Sekiranya berlaku pendarahan, hentikan pendarahan secepat mungkin. Rawat kecederaan dengan betul dan kenali latar belakang mangsa (sejarah kesihatan seperti diabetes dan lain lagi) yang perlu perhatian istimewa.
2. Untuk mencegah luka menjadi lebih teruk
Alih mangsa dari tempat bahaya dan jangan buat mangsa banyak bergerak. Selesakan dan beri keyakinan pada mangsa serta beri perlindungan dari ketidak selesaan seperti kesejukan atau kepanasan atau keadaan yang basah.
3. Mendapat bantuan perubatan
Arah atau pinta rakan-rakan mengambil peti keselamatan berhampiran dan memanggil ambulans atau perawat bertauliah dengan sesegera mungkin. Pastikan menunggu bersama mangsa sehingga bantuan sampai.
4. Mengurangkan kesakitan
Dengan teknik teknik yang betul contohnya balutan, kita boleh mengurangkan kesakitan yang dialami oleh mangsa
Begitulah sedikit sebanyak perkara-perkara asas yang perlu First Aider tahu dalam melakukan pertolongan cemas. Kita bukan lah pegawai perubatan yang bertauliah. Oleh itu kita ambil tindakan yang kita mampu saja.
Dalam kelas kali ini, En Hisyam telah menunjukkan beberapa balutan. Antaranya:
Kecederaan kepala
Kecederaaan tangan
No comments:
Post a Comment